Thursday, March 31, 2011
KEMPEN DATANG AWAL KE SEKOLAH BERI IMPAK POSITIF
Kempen 'Datang Awal' ke sekolah yang dianjurkan Badan Pengawas SMK Gadong telah mendapat impak yang positif terutama kepada pelajar yang datang lewat ke sekolah sebelum ini. Kempen yang bermula pada awal Mac dan berakhir pada April mensasarkan kedatangan pelajar yang paling awal ke sekolah dan pelajar yang lewat hadir ke sekolah. Tahniah diucapkan kepada pengawas-pengawas yang bertugas menjayakan kempen ini. Insyallah pada masa akan datang pelbagai kempen yang lebih menjurus kepada pemantapan sahsiah dan disiplin pelajar SMK Gadong akan dilaksanakan. Sokongan pihak pentadbiran sekolah juga memastikan program seperti ini akan terus dilaksanakan dengan jayanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)