Tuesday, July 21, 2009

CERITA SEORANG GURU

kesian juga pada rakan sekerjaku tadi. mesti dia dah tak tahan sangat2 tekanan yang dihadapi gara-gara tingkahlaku murid-murid kat sekolah ni. sebenarnya aku pun merasai apa yang dia rasa. aku juga menghadapi apa yang dia hadapi, malah aku juga tahu apa yang dialaminya. TEKANAN!

sejak mula bekerja beberapa bulan lepas, aku rasa keadaan di tempat kerjaku semakin teruk. disiplin murid la yang semakin teruk. susah sangat nak diajar lebih-lebih lagi kalau pasal buang sampah. tak kira di mana, bila dan dengan siapa mereka berada…kat situ la juga mereka buang sampah. kami cikgu-cikgu yang melihat ni yang sakit mata rasa bagai dicucuk-cucuk melihat tingkahlaku budak-budak tu. belum lagi dengan sikap kurang ajarnya… bising, tak beri tumpuan dalam kelas, bergaduh… ditambah lagi campur tangan dari mak bapaknya… ish3…sapa la yang tak rasa tertekan?

aku ingat lagi reaksi kawan-kawan masa tau aku ditempatkan di sekolah ni kawan2ku cemburu. siap ada yang buat spekulasi aku minta tolong orang dalam aturkan supaya dapat mengajar di tempat sendiri. tapi hakikatnya, cabaran yang aku kena hadapi sangat la berat dan susah. aku bukannya orang yang tak tahan cabaran. cumanya, aku rasa letih terpaksa menghadapi keadaan ini selama berbulan-bulan. kadang2 terfikir juga kenapa cabaran ini diberikan kepadaku sedangkan aku sebenarnya bukan insan yang kuat dan tabah.

tapi bila difikir dan direnung-renungkan…Allah tahu tahap kekuatan makhlukNya. Dia takkan memberi kita kesusahan yang kita tak mampu nak tanggung. maksudnya di sini, aku diberi cabaran ini kerana aku mampu untuk menghadapi cabaran ini. mungkin juga cabaran inilah yang akan mematangkan aku dan menjadikan aku makhluk yang lebih bersyukur dan memahami kekuatan dan kelemahan diri.

jadi, aku kena hadapi juga cabaran ni walau apa pun yang terjadi. aku perlu kuat dan tabah.

No comments:

Post a Comment